Expectations vs Reality: Beli Rumah Pertama Kali

Membeli rumah pertama kali adalah pengalaman yang mendebarkan dan penuh harapan. Sebelum membeli, kita sering berangan-angan memiliki rumah impian yang sempurna. Namun, realitinya tidak selalu sesuai dengan ekspektasi. Dalam artikel ini, kita akan membahas perbezaan antara expectations vs reality ketika membeli rumah pertama kali.

1. Harga Rumah yang ‘Masuk Akal’

Exspectations: “Aku boleh dapat rumah besar dengan harga murah!”

Realiti: Harga rumah semakin meningkat, terutama di kawasan bandar utama. Kadangkala, rumah dalam bajet mungkin lebih kecil atau memerlukan banyak pengubahsuaian.

2. Proses Pembelian yang Cepat

Exspectations: “Tengok rumah, bayar deposit, dan terus dapat kunci!”

Realiti: Proses pembelian rumah mengambil masa beberapa bulan kerana perlu melalui pelbagai dokumen, pemeriksaan rumah, kelulusan pinjaman bank, dan perjanjian jual beli.

3. Pinjaman Bank Mudah Lulus

Exspectations: “Gaji aku dah cukup, confirm bank luluskan loan.”

Realiti: Bank akan menilai komitmen kewangan sedia ada, credit score, dan Debt Service Ratio (DSR) sebelum meluluskan pinjaman. Ramai pembeli rumah pertama kali gagal mendapatkan pinjaman kerana DSR terlalu tinggi.

4. Rumah Sempurna Tanpa Masalah

Exspectations: “Rumah baru mesti sempurna tanpa sebarang masalah!”

Realiti: Walaupun rumah baru, masih boleh ada kecacatan seperti retakan dinding, kebocoran bumbung, atau masalah saliran. Rumah subsale pula mungkin memerlukan renovasi tambahan.

5. Kos Penyelenggaraan yang Rendah

Exspectations: “Hanya bayar ansuran bulanan, dah boleh duduk dengan tenang.”

Realiti: Selain ansuran rumah, anda perlu membayar cukai pintu, cukai tanah, bil utiliti, insurans rumah, dan penyelenggaraan jika membeli rumah strata seperti kondominium atau apartment.

6. Kepentingan Berunding dengan Ejen Hartanah

Exspectations: “Aku boleh buat semua sendiri, tak perlu bantuan sesiapa!”

Realiti: Proses membeli rumah boleh menjadi rumit, terutama bagi pembeli rumah pertama kali. Berunding dengan ejen hartanah yang berpengalaman dapat membantu anda memahami pasaran, mendapatkan tawaran terbaik, dan mengelakkan kesilapan yang merugikan. Ejen hartanah juga boleh membantu dalam urusan dokumen dan rundingan harga dengan pemilik rumah atau pemaju.

Membeli rumah pertama kali memerlukan persiapan mental dan kewangan yang kukuh. Jangan mudah terpedaya dengan angan-angan tanpa memahami realiti yang ada. Buat kajian, bandingkan pilihan, dan rancang bajet dengan teliti sebelum membuat keputusan.

Adakah anda sedang merancang untuk membeli rumah pertama kali? Kongsikan pengalaman atau pertanyaan anda di ruangan komen!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *