Nak Jual Tanah, Tapi Berapa Harga Ya?

Anda ada tanah, dan anda nak jual tanah tersebut, tetapi, berapa harga yang perlu anda jual?

Risau jugak takut nanti terlalu tinggi, nanti tiada pembeli pulak. Ataupon susah nak dapat pembeli.

Kalau letak harga rendah, takut nanti terlalu rendah pulak, nanti rugi pula.

Relax….

Secara amnya, anda ambil 5 faktor ni untuk pertimbangan harga secara kasar.

*Lokasi: Anda tengok lokasi tanah anda berada dimana. Tanah yang terletak di kawasan yang strategik, berhampiran dengan kemudahan awam seperti sekolah, hospital, dan pusat perniagaan biasanya mempunyai nilai yang lebih tinggi. Seandainya tanah anda terletak jauh di pedalaman, berbukit bukau, dan bukan kawasan kediaman, nilaian tanah adalah rendah.

*Keluasan dan Bentuk Tanah: Keluasan tanah dan bentuknya tanah mempengaruhi penggunaannya. Tanah yang luas dan berbentuk regular biasanya lebih bernilai kerana lebih mudah untuk dibangunkan.

*Status Tanah: Status pemilikan dan penggunaan tanah (seperti freehold atau leasehold) juga memberi kesan kepada nilai tanah. Tanah freehold umumnya lebih tinggi nilaian berbanding tanah status leasehold.

*Perancangan dan Zoning: Kawasan yang telah diluluskan untuk pembangunan komersial atau perumahan mempunyai nilai yang lebih tinggi berbanding kawasan yang tidak mempunyai rancangan pembangunan.

*Infrastruktur dan Aksesibiliti: Kehadiran infrastruktur seperti jalan raya, pengangkutan awam, dan utiliti seperti air dan elektrik meningkatkan lagi nilai tanah anda.

Jadi, adakah anda sudah ada anggaran dalam minda berapa harga yang anda nak jual?

Masih ragu-ragu ya berapa harga yang anda nak jual.

Gunakan 3 cara ini sebagai rujukan:

Brickz.my

Brickz adalah satu laman web yang merekodkan transaksi-transaksi jualbeli tanah atau rumah yang pernah berlaku di lokasi yang di cari. Anda boleh ke website dan google lamanweb www.brickz.my. dan pergi dekat bahagian Land @ Agriculture. Anda boleh search lokasi tanah anda untuk mendapat rekod transaksi yang telah berlaku. Jadi daripada rekod tersebut, anda boleh membuat anggaran market value ke atas tanah anda, dan lebih senang untuk meletakkan harga tanah anda untuk anda jual.

Bank

Seandainya anda kawan atau relatives yang bekerja di sektor perbankan, anda boleh minta pendapat mereka untuk mendapat nilain harga market value tanah anda.  Ataupon anda walk in ke bank berdekatan dan minta pegawai yang berkaitan. Pihak bank akan mendapatkan nilaian daripada penilai yang mereka lantik.

Jurunilai (Valuer)

Cara ini adalah paling tepat. Sebab memang tugas mereka untuk membuat penilain tanah. Namun, mungkin jurunilai akan mengenakan bayaran sedikit.

Ini adalah cara yang selamat untuk anda gunakan. Oleh itu, anda yang betul-betul nak jual tanah, tetapi tak tahu harga, boleh cuba cara tersebut. Sekiranya anda nak lebih senang lagi, gunakan khidmat ejen hartanah, mereka akan tolong anda buat semua itu tanpa menyusahkan anda.

So, nak jual tanah, tapi tak tahu harga? Serahkan saja kepada yang pakar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *