Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,
Saya, Hartini Husain atau nama sebenar saya adalah DAYANG HARTINI BINTI CHE HUSAIN , seorang graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang di Universiti Malaya (UM).
Saya pernah berkhidmat sebagai pengamal undang-undang selama 12 tahun dan pernah memiliki sebuah firma guaman sendiri di Kota Bharu, Kelantan. Namun, selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020, saya dan keluarga terpaksa berpindah ke Selangor.
Apabila menetap di Selangor, disebabkan kekangan untuk menguruskan persekolahan anak-anak, saya terpaksa memilih untuk tidak meneruskan kerjaya sebagai pengamal undang-undang dan memilih untuk menceburi bidang hartanah. Ini kerana bidang hartanah adalah selari dengan bidang pekerjaan saya sebagai peguam hartanah, dan paling penting adalah saya mempunyai masa yang fleksibel dalam menguruskan rumahtangga dan kerjaya.
