E book Percuma "tips membeli rumah pertama"

Kenali Saya

Konsultant Hartanah Anda

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Hi & assalamualaikum! Saya merupakan seorang ejen hartanah separuh masa yang aktif membantu urusan jual beli tanah dan hartanah, terutamanya di kawasan Hulu Langat, Sepang, Banting dan Negeri Sembilan. Dalam beberapa tahun ini, saya telah berjaya closed banyak transaksi tanah – dari lot individu hinggalah ke tanah pertanian dan komersial

Di sebalik kerjaya sebagai ejen hartanah, saya sebenarnya juga seorang peguam hartanah berpengalaman lebih 10 tahun, khusus dalam bidang conveyancing. Saya masih aktif berkhidmat sebagai peguam dan mengendalikan urusan pindah milik hartanah, pinjaman bank dan dokumen undang-undang berkaitan jual beli.

Kombinasi dua peranan ini memberi saya perspektif yang luas – bukan sekadar memahami pasaran, tapi juga aspek undang-undang yang ramai orang terlepas pandang.

Blog ini saya tulis untuk berkongsi pengalaman sebenar, ilmu dan tips berguna berkaitan hartanah & undang-undang – supaya anda boleh buat keputusan yang lebih yakin dan bijak.

Urus niaga yang baik bermula dengan ilmu dan niat yang jujur.”

Good deals begin with knowledge and honest intent.

Terima kasih kerana singgah. Semoga setiap perkongsian di sini beri manfaat buat anda.

 

 

"Kami Sudah Berjaya Membantu Lebih 1210 Orang Memiliki Hartanah. Izinkan Kami Bantu Anda Pula Hari Ini "

24/7 Perkhidmatan Untuk Anda

Antara Khidmat Konsultansi Kami Untuk Anda

Konsultansi untuk anda miliki rumah

Khidmat konsultansi dari segi harga semasa (market value), harga jualan terbaik, prosedur jualbeli, permintaan dan penawaran dan segala perundingan berkaitan jualbeli rumah dan tanah.

Semak harga pasaran.

Dengan menyemak harga pasaran sebelum membuat iklan penjualan, anda akan dapat mengetahui secara dasarnya berapakah nilai keuntungan jualan dan dapat merangka strategi jualan seperti harga rundingan dan sebagainya.

Khidmat peguam dan pembiayaan.

 Kami mempunyai team yang lengkap termasuk panel bank, dan panel peguam yang berdedikasi. Khidmat peguam bagi Perjanjian Jualbeli, dokumen perjanjian pembiayaan dan pembiayaan bank kami sediakan.

Bersama Klien & Rutin Sebagai Konsultant Hartanah

Perlukan Bantuan Kami Dengan Lebih Cepat?