Pilihan Kebahagiaan Keluarga Anda Hanya Di Hujung Jari

"Benarkan kami bantu anda dalam setiap urusan hartanah anda. Kami menyediakan perkhidmatan dari MULA HINGGA SELESAI proses pemilikan hartanah anda."

Sila Buat Pilihan Bijak Anda

PERUMAHAN  BARU

Perumahan Baru juga di kenali sebagai projek perumahan yang baru dibina / undercons/ rumah baru dan biasanya ditawarkan untuk jualan kepada orang ramai buat pertama kali. Ini termasuk pelbagai jenis hartanah seperti rumah teres, rumah pangsa, kondominium, apartmen, dan banglo. Perumahan baru biasanya dibangunkan oleh pemaju hartanah sama ada kerajaan, agensi berkaitan kerajaan, atau pemaju swasta.

RUMAH SEKUNDER/ SUBSALE

Rumah “subsale” merujuk kepada hartanah yang dijual semula oleh pemilik sedia ada kepada pembeli baru. Ini bermakna rumah tersebut bukanlah rumah baru (perumahan baru), tetapi rumah yang telah dimiliki oleh seseorang dan kini dijual kepada pembeli lain di pasaran sekunder.

TANAH

Membeli tanah memberikan pelbagai kelebihan yang tidak ditawarkan oleh pembelian rumah siap, terutama dari segi fleksibiliti, potensi pelaburan, dan kepuasan peribadi dalam membina rumah atau bangunan mengikut kehendak sendiri.